KISAH ‘SILAM’: Terdesaknya Tukang Karut

Posted: 25/04/2010 in Semasa, Uncategorized
Tags: ,

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Beberapa dekad yang lepas, kita dapat melihat betapa pentingnya peranan ‘Tukang Karut’ terutamanya dalam peranan mereka menghiburkan masyarakat… Namun kini peranan mereka semakin agak dilupakan kerana perubahan serta ‘serangan’ arus modenasasi khususnya dalam kemajuan dan teknologi… Ironinya, tukang karut tetap wujud pada pasca celik IT ini, cuma peranan dan idium yg ‘membawa’ mereka agak berbeza…

 Dalam kita berlumba² mengejar kemajuan disamping ledakan teknologi yang tidak terkawal, seringkali kita berhadapan dengan situasi atau melihat ada sesetengah pihak yang cuba mengeksploitasi sistem maklumat yang semakin canggih bagi kepentingan serakah sendiri… Serangkali kita mendengar atau disogok dgn berita² mengenai penipuan menerusi SMS, telefon bahkan internet…

Apa yang menyedihkan, ada setengah golongan manusia yang mengisi perut hasil dari penipuan yg mereka lakukan menerusi internet… Dan lebih parah lagi, juga terdapat golongan manusia lain yang kononnya bijak pandai turut tertipu oleh teknik² penipuan tersebut…

Kita seharusnya menjadikan Internet atau kecanggihan teknologi masakini sebagai suatu wadah yang dapat memangkin suatu yg lebih bermakna…. Percambahan dan perkongsian ilmu misalnya dapat kita implimasikan menerusi kecanggihan tersebut (Internet)…

 

Gambar diatas bukanlah bermaksud untuk menjatuhkan atau mengaibkan mana² pihak, cuma sekadar ingin berkongsi dengan sahabat pembaca sebelum ada antara kita yang termakan dengan tipu helah oleh golongan yg lebih ingin mengambil kesempatan ke atas kita…. Juga, kita harapkan setiap dari kita mengambil iktibar dari apa yg telah berlaku sebelum keadaan menjadi lebih ”parah”, dan moga² setiap dari kita dapat bergandingan dan bersatu agar kita menjadi lebih ”kuat”, seterusnya menutup ruang kepada anasir kurang sihat mengambil kesempatan ke atas kita…  kita hanya akan menjadi kuat apabila kita bersatu dan dengan kekuatan itulah kita mengecapi kemajuan seterusnya menguasai ekonomi yg dapat menjamin kemasylahatan ummah….

”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan…”         (al-hujurat, 6)

”Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)…”  (an-Nisa, 83)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s