KISAH ‘SILAM’: Waibee OK Waibee DiPangkah, Waibee KO Waibee Di Tong Sampah

Posted: 26/03/2010 in Semasa, Uncategorized
Tags: , ,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA…
Itulah antara kata² hikmat yang dipusakakan kepada kita oleh seorang perwira bangsa yang begitu masyhur dan digeruni diserata pelusuk nusantara, LAKSAMANA HANG TUAH…

Hang Tuah, seorang yang begitu setia kepada bumi Melaka, begitu optimis bahawa Melayu akan kekal sebagai sebuah budaya dan bangsa yang tidak akan pupus ditelan zaman… Ini kerana ketika itu Melayu begitu masyhur dan kuat kerana sebuah ikatan yg ada pada setiap dari orang Melayu ketika itu, dan setiap dari mereka berteraskan kekuatan budi dan jasa, yang akan sentiasa dikenang oleh mereka… Lihat sajalah contoh kisah hidup mereka yang sehingga kini masih dikenang…. Disamping itu, Melayu ketika itu kuat kerana hanya dinaungi oleh satu institusi pemerintahan yang pada masa kini kita kurang melihat fungsinya, iaitu Institusi Beraja, sehingga Hang Tuah menyuarakan sebuah lagi pusaka kepada kita untuk dijadikann iktibar, RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH

Terlalu banyak konklusi yang dapat kita buat untuk memperlihatkan jurang perbezaan masyarakat Melayu zaman Hang Tuah dan masa kini…. Melayu kini bukan lagi berpegang pada norma² budi dan jasa, atau memandang sesuatu untuk dikenang… Mungkin agak kasar dan berat mengatakan orang kita sekarang lebih bertauhidkan kepada wang ringgit dan harta benda, dalam istilah lainnya materialistik… Melayu kini bukan lagi gah sebagai satu bangsa yang kuat dan bersatu yang dikepalai oleh satu (seorang ) raja, tapi kita sudah bertaburan mencari siapa yang kaya dan berkuasa untuk kita nombatkan sebagai ketua, dan itulah kelemahan kita sebenarnya…

Semangat ‘assabiyah’ atau berpuak-puak yang suatu masa dahulu wujud dikalangan masyarakat Arab Jahiliyah, kini telah wujud dan muncul dalam kelompok masyarakat kita… Masyarakat kita telah berpecah kepada beberapa puak, dan kebanyakannya disebabkan oleh pengaruh politik… Sebenarnya bukan politik yg menjadi isu kepada perpecahan kita, tetapi disebabkan sempitnya akal kita untuk menilai sesuatu yang amat mudah untuk dicerna dan menjadikan perkara ini menjadi lebih rumit dan kompleks… Juga, antara penyebab lainnya adalah KETANDUSAN JIWA TERHADAP SUATU YANG BERSIFAT ROHANIAH, disamping KECANDUAN & KEDAHAGAAN KITA TERHADAP WANG RINGGIT SERTA DUNIA…

Harus kita ingat, tanah ini adalah tanah kita, yang akan kita pusakai kepada anak cucu kita kelak… Janganlah suatu masa nanti anak cucu kita menjadi pelarian dan merempat di bumi sendiri… Adakah kita ingin menggadaikan nasib dan masa depan anak bangsa kita hanya dengan sebiji gula² bernilai RM50, atau memilih ”RAJA” yang hanya tahu memaparkan potret dikhalayak, atau Sang Rimba yang hanya mahu mendampingi mergastua…

MELAYU dan masyarakat kita akan dapat terus wujud didunia sekiranya kita mampu MENGUASAI EKONOMI dan MENCIPTA BUDAYA Dan ini hanya dapat kita laksanakan sekiranya kita BERSATU sebagai satu bangsa yang sentiasa bekerjasama dan melangkah seiringan…

”Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya….”                (Ali ‘Imran, 103)

Comments
  1. aliff hamzah says:

    akumm wbrkth..
    aaa..part Hang Tuah.1 part yg bleh kta renung kmbali.hehhehe mind me if im wrong.wtk n kt2 spt ni olh Hang Tuah mggambrkn yg beliau sorg 1.setia n cinta pd bangsa n ngr 2.optimis 3.brani n so on lhhh..tlalu luas mknanya.tp ya lh kn??zmn ya..wat do us expect more frm them.yet theyve done great things yg ssuai pd zmn ya.Hang Tuah pd ms ya trikat oleh sistem feudalisme yg mn ats skalinya Sultan Mahmud.Tuah bdsrkn kbolehn n populariti nya bg aku nya mmpu utk mlawan spt Jebat.tp nya milih utk mbunuh shbtnya sdr.Jebat mrskn ya wjr bg mbela shbtnya yg tlh dperaltkn dn dhukum tnpa usul priksa.pa2 pn aku x kisah anda bpihak pd Tuah o Jebat.tp ksah ini mrupakn atr jutaan metafora senario MELAYU KITA kini.

    Pilihan smada nk jd Tuah o Jebat??bgi aku duak2 plu.bntuk n snjata pjuangn dtukar ikut kssuaian zmn.keris lmbing d ganti ngn kt2,caci maki n bbagai lg pnyakit ORANG KITA yg lain.hehhehe tp yg eloknya adab ya msh lgi diamlkn ALHAMDULILLAH.dr segi ya MELAYU blom lagi hilang d dunia.thanks utk utk anda yg tlh mwujudkn hlmn ini spy mgkn bleh jd MAKMAL KAJIAN scr aman n tnpa diskriminasi dlm pa2 bntuk pn.

    Spt kt2 seorg Dato pnah sy dngar n sy pn bstuju.LEBIH MUDAH UTK KITA MENGUBAH ALIRAN LAUT SUNGAI DRPD KTA UBH ALIRAN PMIKIRAN MANUSIA.ksah Tuah n Jebat mnunjukkn pnyaki ORG KITA tlh LAMA btapak di danau pmikiran kita.KALAUPUN KITA BNIAT UTK MBALIKKN KEADAAN INI SPT KOMPTER MSTI D BERSIH DEVICE NYA,DREBOOT SISTEMNYA,N BARU D SETKN MN 1 WINDOW KGEMARN.hehehe its a tough job dude bt mayb its not possible..

    watevr it is BEAR IN UR MIND saudara2ku,dlm pjuangn khidupn ini anda tdk keseorangn.smd kwn o musuh.bg yg lurus jlnnya ketahuilh..U R NOT ALONE..hehehee akum wbrkth

    • DieNull says:

      salamullahi’alaikum…
      trima kasih saudara aliff hamzah… sebuah komentar yg begitu jitu…
      bg sya, tuah atau jebat adalah dalam satu landasan yang sama, pembela nasib bangsa, cuma melalui idium yang berbeza…. namun pd ms kini, kita dpt lihat satu jurang yg amaretara antara manusia, dan ini juga mungkin disebabkan perbezaan ideologi dan mindset yg berbeza², seperti komentar saudara ttg aliran pemikiran manusia… dan bila diamati, soal aliran ini berkait rapat dgn soal keikhlasan, dan kaikhlasan jugalah kunci yang memainkan peranan dalam halatuju pemikiran manusia, baik pd diri sendiri, kpd org lain mahupun kepada Al-Khaliq itu sendiri…
      Dan apa yg pasti, ianya bukanlah suatu yang mustahil utk kita melihat bangsa kita bersatu padu serta bergandingan, cuma apa yg perlu adalah menjernihkan hati dan minda serta sedikit suntikan keikhlasan dalam nawaitu kita, Insya Allah bangsa kita tidak akan pupus ditelan zaman… mungkin lebih banyak tajuk atyau perbincangan yg kita bersama dapat kongsikan agar matlamat penyatuan bangsa ini dapat kita jadikan sebuah realiti….

  2. Kasut Tinggi says:

    Salam 1 Malaysia,

    Saya sgt teruja membaca stiap hasil anda. Dan kebanyakan daripada setiap nya itu sekaligus membantu dalam penulisan saya. Saya seringkali bermasalah dalam menghasilkan esei namun dgn membaca ruangan anda, sy mndapat idea2 yg best. thanks 4 u dengn membaca scr santai sy dapat pengetahuan yg xpnah sy dengari sebelum ini. so, sy xkan ketinggalan untuk membaca any news from u..
    Keep Up the Good Work dude,

    • DieNull says:

      salamullahi’alaikum…
      trima kasih saudara/i kasut tinggi….
      saya juga sebenarnya mengharapkan perbincangan dari kita semua agar dapat menghasilkan suatu yang terbaik buat santapan minda kita… saya harapkan saudari/i juga dapat menyumbang idea untuk penulisan yang seterusnya, atau menyumbang buah fikiran melalui perbincangan maya ini… terima kasih sekali lagi untuk komplimentasi ini… jazakumullahu khairan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s