KISAH ‘SILAM’: KeSempurnaan VS KeSempornaan

Posted: 23/03/2010 in Semasa, Uncategorized

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Terlalu sukar untuk kita menghurai sebuah perkataan yang terlalu general dan amat berat untuk dipraktikkan –  KESEMPURNAAN… Jika menyebut tentang kesempurnaan, terlalu banyak definasi dan pengertian yang boleh diadaptasi oleh kita… Sifat, sistem, tatakerja, kerohanian; semuanya akan dinilai dan ditimbal balik tentang kesempurnaannya… Ironi disebalik kesempurnaan ini, wujud sebuah istilah lain yang hampir sinonim dengan sempurna, yang sering menjadi sebutan masyarakat khususnya dikawasan Pantai Timur Sabah iaitu Semporna, merujuk kepada sebuah daerah dikawasan tersebut…

Jika kita meneliti jumlah perangkaan dan bancian yang pernah dibuat beberapa tahun lepas, kita mendapati bahawa penduduk yang berasal dari Semporna telah ‘melata’ diseluruh negara… Baik didaerah lain di Sabah sendiri, di Sarawak, mahupun di Semenanjung Malaysia, kita dapati bahawa anak kelahiran Semporna berada di seluruh pelusuk tanah air… di Silam ataupun Lahad Datu sendiri, kita akan dapat mengenalpasti bahawa beberapa pemimpin terdahulu dan masa kini bersusur-galur dari daerah Semporna… Kalau hendak menyebut tentang pemimpin diperingkat lebih lagi, mungkin sesetengah dari kita akan merasa riak dan semangat kedaerahan akan timbul…

Semporna, dengan bilangan purata penduduk hampir 125,000 orang, merupakan sebuah daerah yang terkenal dengan khazanah dan hasil laut semulajadi… Sekitar tahun 1970an-1980an, lebih 41% pelajar Sabah yang berjaya memasuki institusi pengajian tempatan dan luar negara adalah berasal dari Semporna… Juga apa yang membanggakan, beberapa tokoh pemimpin seperti Tun Sakaran, OKK Abu Bakar, Datuk Shafie Afdal, Datuk Nasir Sakaran, dan ramai lagi berasal atau ‘membesar’ di daerah Semporna.. Dan kalau kita lihat sendiri hierarki didalam parti UMNO, satu-satunya rakyat Sabah yang ada atau pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi (Naib Presiden) juga berasal dari Semporna…

Namun apa yang menyedihkan, Semporna itu sendiri tidak sesempurna namanya… Semporna juga dianggap salah sebuah pekan mundur dan terpencil di Sabah, sedangkan ‘panglima²’ Sabah kebanyakannya adalah dari Semporna sendiri… Pernah ada seorang kakitangan kerajaan menyatakan kepada saya bahawa kemudahan infrastruktur dan lainnya tidak dapat disalurkan sepenuhnya ke daerah Semporna kerana kurangnya aktiviti ekonomi yang dijalankan disana, sedangkan kalau difikirkan secara rasional bagaimana hendak mengembangkan aktiviti ekonomi dan menarik pelabur asing sekiranya kurang kemudahan infrastruktur dan logistik yang disediakan…

Antara beban yang ‘digalas’ dan wujud di Semporna ialah kehadiran ”pelancong tanpa izin”… Boleh dikatakan masyarakat bumiputera dan penduduk tempatan dibayangi oleh kehadiran PATI, khususnya dari selatan Filifina… Kerajaan dan pihak berkuasa yang lain patut memandang berat isu ini… Kerana kita khuatiri suatu masa akan datang anak bangsa kita merempat dibumi sendiri…

Saya tidak merasakan ianya suatu yang sukar untuk memperbetulkan semula impresi sesetengah masyarakat terhadap Semporna… Ditambah dengan sokongan beberapa individu yang saya rasa menjadi ‘tulang belakang’ Semporna, kegemilangan Semporna khususnya dan Sabah amnya dapat kita kembalikan dan tingkatkan untuk melangkah seiring dengan wilayah² lain… Jolokan dan sinidran ”macam orang Semporna” harus kita kikis dari belenggu minda masyarakat kita kerana kita berada dalam satu WILAYAH SABAH… Kita seharusnya menguasai ekonomi seterusnya mencipta budaya, dan ini hanya boleh terlaksana sekiranya kita bersatu…. Insya Allah…

”Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan….”  (As-Saafaat, 177)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s