KISAH ‘SILAM’: Champayon a.k.a. Chempiang (Champion)

Posted: 20/03/2010 in Semasa, Uncategorized
Tags: , , ,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

”masa depan orang melayu akan gelap jika tiada persefahaman dan perpaduan… melayu hanya boleh selamat apabila kuat, kuat apabila bersatupadu…”
”bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha…”                                                               (Dato’ Onn Ja’afar)

Terlalu umum untuk menceritakan atau menulis sesuatu isu terutamanya yg berkaitan dgn politik… Salah seorang sahabat pernah menyatakan bahawa politik itu adalah salah satu cabang seni yg amat tinggi; dan saya amat bersetuju sepenuhnya dgn apa yg beliau katakan tersebut… Mana tidaknya, setiap perihal dalam kehidupan kita seharian berkait-rapat dgn ”politik”, cuma maksud dan penerimaan kita sahaja yg berbeza…

Politik boleh kita sifatkan sebagai suatu proses metamorfosis dlm kehidupan kita.. Bermula dgn sekecil larva, akhirnya berkembang menjadi suatu bentuk lain yg lebih lengkap dan jitu setelah melalui beberapa proses… Begitu juga dgn politik, suatu perkara yg diisukan, akhirnya berkembang menjadi suatu yg lebih majmuk…

Politik kadangkala boleh menjadi suatu yg lebih indah dari kisah epic atau cerita dongeng, pun begitu ianya juga boleh menjadi sebaliknya… Semua bertitik-tolak dari individu itu sendiri; INNAMA A’MALU BINNIAT…

Apa yg lebih menyedihkan, terdapat segolongan individu yg menjadikan politik itu lebih busuk dari najis, dan mempergunakan politik untuk kepentingan individunya serta menjadikan politik sebagai pendinding dari bayang² sendiri yg sering menghantuinya… Adalah tidak wajar rasanya membuka pekung orang lain demi untuk meuntup pekung sendiri… Saya mengambil contoh sebuah kisah benar yg didongengkan; Sally (bukan nama sebenar) cuba dgn sedaya upaya untuk berdiri diatas rerambut halus dan dgn sedaya upaya menegakkan bebenang yg basah oleh air liur beliau sendiri demi untuk melaungkan sebuah perjuangan yg beliau sendiri tidak pasti… Sally berada dipenghujung kariernya kerana beberapa tindakan bodoh selama tempoh perkhidmatan beliau… Namun untuk menyelamatkan kariernya, beliau dgn bersahaja memburukkan beberapa individu lain sbg turning-point dgn harapan dia akan disanjung, dan mengaplikasikan dan mempergunakan politik untuk menyelamatkan diri beliau, sedangkan beliau tidak sedar yg perbuatan beliau itu sendiri mengundang bencana…beliau menyeru beberapa ekor binatang atau mergastua sebagai pembantu beliau, sedangkan masih ramai lagi insan atau manusia lain yg lebih patut atau layak berada ditempat tersebut, namun pendekatan politik yg beliau gunakan adalah amat sukar difahami dan menjadikan politik beliau lebih busuk dari najis… *[cuma sekadar kisah dongeng]…

Mungkin ada beberapa pengajaran yg dapat kita jadikan iktibar dr kisah tersebut… And most important, morale of the story, POLITIK bukanlah suatu yg perlu dibanggakan dan bukanlah hak mutlak seseorang individu dan mengganggap politik itu sendiri menjadikan kita wira atau juara bangsa, namun ia adalah suatu yg perlu kita kongsikan bersama dalam mencernakan sesuatu yg lebih baik atau lebih positif untuk memajukan bangsa kita dan demi kemasylahatan ummah, dan pd ketika itu dgn sendirinya barulah masyarakat mengganggap kita sebagai wira bangsa……

”Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Dia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Dia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami?…”           (Al-Israa’, 69)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s