DARUL SAADAH: Gone With The Wind

Posted: 03/03/2010 in Uncategorized
Tags: , ,

                                                                                                                                                                                                                                 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Dalam pada kita sedang rancak berdebat tentang benar dan salah, juga dalam keasyikan kita merencanakan seribu satu kaedah untuk menerobos masa hadapan, kita seringkali terlupa dan seakan menjauhi sejarah yg menjadi asas kepada kemasylahatan kita selama ini…

Berbicara tentang sejarah khususnya sejarah negeri Sabah, mungkin ramai yang tidak tahu atau telah terlupa sesuatu yang amat berharga pada negeri ini yang seakan telah hilang dihembus bayu… Walaupun ianya hanya berkisar pada sebuah ‘nama’, namun ia boleh membawa sejuta pengertian kepada kita khususnya rakyat Sabah dan seterusnya menjadi identiti yang dapat kita ‘canang’ kepada umum…

 Menyingkap sedikit lembaran sejarah yang pernah memartabatkan negeri Sabah, satu peristiwa yang seharusnya diingati oleh setiap dari kita iaitu ketika kunjungan rasmi DYMM Ke-5 ke Sabah. Sekitar tahun 1972, DYMM Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong Kelima, telah membuat kunjungan rasmi dan mencemar duli untuk melawat masyarakat dan penduduk Sabah. Diiringi oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Hj Mohammad Said Keruak, masyarakat Sabah telah diberi perkhabaran gembira oleh Baginda Sultan sebelum keberangkatan pulang baginda. Sabah telah di MASYHURKAN sebagai SABAH DARUL SAADAH, yang seterusnya menjadi simbolik kepada masyarakat dan suku kaum di Sabah dan juga untuk melambangkan identiti penduduk dari suku majmuk disini sabagai satu perpaduan…

Kini, kita tidak pernah lagi melihat ataupun mendengar ungkapan atau nama SABAH DARUL SAADAH. Sedikit mengecewakan bila mendapati tidak banyak catitan atau jurnal yang ‘merakam’ peristiwa ini dan catatan sejarah mengenainya. Dan saya juga tidak pasti sejak bila gelaran Sabah Negeri dibawah Bayu ini digunakan. Apa yang pasti, permasyhuran negeri Sabah suatu ketika dulu tidak seharusnya dilupakan. Tidak keterlaluan sekiranya Sabah dinobatkan semula dengan kemasyhuran tersebut dan ianya juga sudah cukup untuk menggambarkan bahawa Sabah adalah elemen Malaysia yang gah, dan bukanlah sebuah wilayah yang menjadi tuntutan kuasa asing….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s