JIWA INSAN : Tersungkur di Pintu Syurga…

Posted: 27/08/2009 in Semasa, Uncategorized
Tags: , , , , ,

Jiwa insan itu adalah suatu yang unik untuk dieksploitasi dan diterjemah… Ia adalah suatu idium yang manjadikan kita khalifah utusan Al-Khaliq dimuka bumi, menjadi persoalan para malaikat tatkala Dia mencipta Adam, sehinggakan Iblis yang begitu tinggi kedudukannya pada satu ketika lantas menderhakai Allah, juga bersumpah akan terus tidak mengalah untuk menyesatkan anak Adam dalam misinya mencari teman sebagai Finnari Jahannam
Permainan digelanggang duniawi ini begitu mengasyikkan dan penuh dengan tipu helah, yang kuat serta berakal akan terus bertahan bermain, yang lemah dan lurus seringkali kecundang… Setiap “peraturan” dan gerak-geri dalam gelanggang duniawi ini adalah satu subjek yang menggambarkan perihal kita dalam erti kata kehidupan persinggahan ini…
Adakalanya kita terlalu asyik membahaskan suatu subjek, sebolehnya mempertahankan apa yg lahir dari kotak minda kita yang sempit, walaupun tanpa penilaian mendalam, sehinggakan seringkali tanpa kita sedari lidah bertindak melebihi rasional akal, menjadikan kita semakin hampir dengan taksub terhadap sesuatu yg bersifat subjektif…
Keegoan kita untuk terus mahu berdiri di rerambut halus menjadikan kita semakin jauh dari norma² tertib insan… Ilmu dan Kefahaman semakin terselindung dibayangi “Firdaus” maya ciptaan jahil orang² berakal… Minda entah kemana etika pegangannya, goyah dan melentuk mengikut kata angin… Mata Hati semakin kabur menurut kehendak Sang Nafsu yang tidak pernah puas…
Jalan yang sepatutnya lurus menjadi terpesong dek kekuatan arus zaman… Kita yang pada mulanya bernawaitukan kebenaran demi kesejahteraan Islam dan anak bangsa, telah menjaja perjuangan sendiri secara tersirat, melalui jalan yang sama dilalui Sang Petualang….
Kita tanpa menyedari, telah melalui jalan berbeza dalam memperjuangkan kebenaran dan  mencari keredhaan, langsung mengimpikan Jannahtul Firdaus… Seakan kita tidak punya pegangan atau pedoman… Kita yang mengharapkan kemuliaan akhirnya TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA….
Kita hanyalah insan yang rugi menuruti rentak sandiwara POLITIK DUNIA mereka… Kalau kiranya kita mampu untuk bersatu membina ummah, berteraskan pegangan Ad-Dien dalam perjuangan kebenaran kita dan membela anak bangsa kita menjadi ummah gemilang, KHAIRUL UMMAH (masyarakat gemilang) akan kita lahirkan semula dalam kemelut fitnah dunia masakini…

Rasulullah s.a.w bersabda: Sepeninggalanku nanti akan muncul pemimpin-pemimpin yang kamu tidak sukai. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah yang anda akan perintahkan sekiranya perkara itu terjadi kepada kami? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Penuhilah kewajipan yang telah diberikan kepada kamu dan pohonlah hak kamu kepada Allah… (hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud)

DALAMILAH ILMU ALLAH… BERPEGANG TEGUHLAH PADA KALAMULLAH…. FAHAMILAH PANDUAN AS-SUNNAH…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s