ISLAM: Konsep, Mindset / Akal, Sedekah & Dadah…

Posted: 18/08/2009 in Semasa, Uncategorized
Tags: , ,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Kita seringkali berhadapan dengan pelbagai situasi dimana kita melihat suatu “subjek”, yang seterusnya diterjemahkan oleh (kewarasan) akal yang akhirnya mendorong kepada suatu tindakan yang berasaskan niat atau nawaitu… Kita seringkali  terus menelan bulat-bulat dgn apa yang kita lihat , baca, ataupun dengar dan terkadang setengah dari kita terus memberi tanggapan atau impresi terhadap apa yang dibaca, dengar atau lihat, namun belum pasti adakah suatu yang kita luahkan itu adalah “hasil” yang benar² sahih atau sebaliknya, ataupun adakah ianya suatu yg benar mengikut kefahaman yang sepatutnya…. Memang benar kita semua mempunyai akal yang waras, jika tidak adalah mustahil bagi kita untuk membaca tulisan ini, namun kewarasan akal kita sering dibayangi rasional pemikiran serta “MIND-SETTING” yang telah lama munghuni kotak minda kita…

“Pelajarilah Ilmu, kerana mempelajarinya (kerana) Allah adalah kifayah, menuntutnya adalah Ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Sedekah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.” (Muadz bin Jabal)

Jika kita menyebut tentang Islam, sudah tentu ramai yang boleh membvahaskan mengenai agama murni kita ini… Namun pemahaman konsep serta ceteknya & sempitnya pemikiran kita dalam melihat prespektif agama ini seringkali disalah tafsir, dan ini jika diteliti dengan mendalam membuka ruang bagi Ahlul Bid’ah dan golongan Musyrik a.k.a penentang Islam untuk mempersendakan kita, mempersoalkan agama kita seterusnya mengambil kesempatan untuk menghancurkan kita… Saya ingin sekali membawa pembaca untuk berfikir serta membuka minda seketika, dalam memahami dengan sebenar apa yang di anjurkan oleh Islam, ajaran agama yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi utusan Allah Yang Maha Esa, tuhan sekalian alam yang tidak diperanakkan atau memperanakkan, seperti maksud surah Al-Ikhlas;

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa”;

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”;

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan”;

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Namun, tanpa kita sedari masih ramai lagi yang melakukan “syirik” (walau dengan maksud tanpa niat), memohon atau mengharap kepada suatu yang lain selain Allah… Adakah kerana mungkin kita terlalu mengikut adat, atau memang nawaitu kita menjurus ke sana…  Ambil contoh senario terkini; bila hampir tiba bulan Ramadhan al-Mubarak… Ramai antara kita yang membuat kenduri kesyukuran secara besar²an (ada yang hingga memberi kesulitan kpd keluarga si arwah yang masih hidup) sehingga ada yg sanggup bergadai, mengadakan majlis tahlil serta “Kenduri Arwah”… Tapi cuba kita singkap lebih jauh lagi, ada antara kita yang membuat kenduri arwah dengan menjamu makanan kepada tetamu, kononnya bertujuan memberi makan kepada si mati atau arwah yang dimaksudkan… disini kita lihat kita telah lari dari konsep sebenar, atau tidak memahami maksud majlis tahlil yang diadakan tersebut…. Sebenarnya masih ramai yang masih kurang jelas dan faham ttg konsep tahlil ini… Majlis Tahlil sebenarnya memadai sekadar membaca tahlil, doa² serta amalan yang disunatkan semasa majlis tersebut, termasuklah dengan menjamu tetamu yang ada dengan hidangan yang tidak membebankan serta menyusahkan ahli keluarga yang masih hidup… Tujuan menjamu tetamu tersebut sebenarnya bukanlah untuk memberi makan kepada arwah atau si mati, yang sebetulnya adalah niat pahala sedekah memberi makanan kepada orang itu ditujukan atau dihadiahkan kepada si mati, kerana hanya 3 perkara (amalan) yang menjadi perantara bagi si mati;

1) Ilmu yang disampaikan oleh si mati sebelum wafat, selagi mana ia terus disebarkan dan diamal oleh orang yang masih hidup, selagi itulah pahalanya akan terus sampai kepada si mati;

2) Sedekah yang berpanjangan, selagi mana hasil dari sedekah itu diguna untuk kemasylahatan ummah, selagi itu pahala akan terus sampai kepada si mati (contohnya mendirikan masjid atau sekolah, atau sejadah @ Al-Quran yang diwakafkan / sedekah di masjid atau sekolah)

3) Doa & amalan dari anak yang soleh, seorang anak (kepada simati) yang sering menghadiahkan (pahala) amalannya serta doanya kepada arwah (orang tua / keluarga) yang telah wafat…

Kita harus sedar setiap perkara yang kita lakukan didunia hatta sebesar hama sekalipun akan dinilai Allah baik buruknya perlakuan kita tersebut…

“Kata-kata yang baik itu adalah sedekah” (Hadis Nabi)

Berkisar tentang konsep pemahaman, kita seringkali terus menelan apa yang kita lihat dan adaptasikan, tanpa menilai atau memahami benar² konsep tersebut… Ada suatu ketika semasa saya melintasi masjid Negeri Sabah, saya terhenti dan terfikir sejenak apabila melihat satu papan tanda @ signboard di luar pagar masjid tersebut… Pengamatan saya terhadap papan tanda tersebut mengajak utk berfikir serta memahami konsep yang disampaikan; DADAH ADALAH HARAM DISISI ISLAM… Bukan hendak membidas atau menidakkan apa yang cuba disampaikan pihak berkenaan, namun bagi mereka yang kurang faham akan terus mengiakan atau menelan bulat² perkara tersebut tanpa menilai atau memahami konsep yang sebenarnya… Kerana dari pandangan saya dan konsep Islam yang sebenarnya, dadah TIDAK HARAM, dan saya yakin  semua kita pernah “mengambil” dadah…. yang HARAM adalah PENYALAHGUNAAN DADAH… Saya percaya, sejak dari lahir lagi kita telah mendampingi dadah, tapi untuk tujuan perubatan… Ubat²an yang kita terima & beli dari klinik atau hospital sebenarnya adalah dadah, tapi untuk tujuan kebaikan iaitu perubatan, dan itu yang diharuskan oleh agama kita, mendalami ilmuperubatan serta menggunakan utk tujuan kemasylahatan ummah, bukan sebaliknya… Kita tahu orang yang menjalani pembedahan akan disuntik dgn beberapa miligram “Morfin”, sedangkan morfin itu dadah… Namun, bagi yang mengambil “Morfin” pada dosage yang tidak sepatutnya untuk tujuan yang tidak sepatutnya, itu barulah HARAM DISISI ISLAM, kerana yang sebenarnya penyalahgunaan dadah adalah haram disisi Islam… Pihak yang berkenaan patut peka mengenai perkara ini, jangan sampai kaum munafik dan musyrik mengambil kesempatan serta memutar-belit atau mengguna pakai perkara² remeh seperti ini untuk menghancurkan umat Islam… Dadah yang sebenar-benar dadah adalah kecanduan terhadap dunia dan wang, kerana keasyikan kita mengejar dunia dan wang inilah yang banyak menghancurkan umat Islam dan serta memecah-belahkan kita…. Renungi maksud saya…

Ini hanyalah ungkapan atau sedikit contoh yang dapat saya cernakan mengenai konsep pemahaman serta mendalami ajaran & Ilmu Islam itu sendiri, dengan harapan agar kita sama² dapat membuka dan menggerakkan minda kita dalam sama² memperjuangkan serta membangunkan ISLAM, ketepikanlah persengketaan kita serta dunia utk seketika, dan fokuskanlah pada perjuangan dan pembangunan ISLAM serta anak bangsa kita…

Kita bukan bertemu dengan orang yg salah, tetapi kita hakikatnya diberikan oleh Allah ilmu berharga yg tidak semua orang boleh merasakannya…. Oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kpd Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi hamba²Nya…

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah , ayat 216)

Sekadar renungan buat sahabat pembaca serta diri saya sendiri…. Yang baik datangnya dari Allah Ar-Rasyid, yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri…. Salam Ramadhan…

Comments
  1. Lidah Palsu says:

    niat pahala sedekah memberi makanan kepada orang itu ditujukan atau dihadiahkan kepada si mati, kerana hanya 3 perkara (amalan) yang menjadi perantara bagi si mati;

    mohon penjelasan,

    amalan kenduri tersebut termasuk dalam kategori mana?

  2. DieNull says:

    kenduri secara praktikalnya baleh kita definasikan sebagai amalan bersedekah… mengapa? kerana memberi makanan kepada orang itu adalah suatu amalan sedekah…

  3. Lidah Palsu says:

    kategori ke 2

    2) Sedekah yang berpanjangan, selagi mana hasil dari sedekah itu diguna untuk kemasylahatan ummah, selagi itu pahala akan terus sampai kepada si mati (contohnya mendirikan masjid atau sekolah, atau sejadah @ Al-Quran yang diwakafkan / sedekah di masjid atau sekolah)

    mohon penjelasan:

    bagaimana kiranya c mati yg bakhil masa hidupnya.. pninggalannya d sedekahkan dari kenduri, tahun2 berikutnya menggunakan harta sanak saudara dan anak2nya dengan harapan c mati mendapat “pahala” dari kenduri tersebut..
    🙂

  4. DieNull says:

    Maksud hadis: “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya…”
    (hadis diriwayatkan Abu Hurairah)

    Maksud hadis: Bertanya seorg sahabat kpd Nabi s.a.w, “Ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedakah utknya, pahala sedekah ini dapat memberi manfaat kpdnya?” Jawab Nabi s.a.w, “Ya”…
    (hadis diriwayatkan Abu Daud & Tarmizi dan Imam Bukhari)

    Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu…
    (Al-Hasyr, ayat 10)

    Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)….
    (Muhammad, ayat 19)

    ”Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan… Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh)…”
    (Yaasin, ayat 12)

  5. DieNull says:

    -RENUNGAN-

    Sebenarnya, majlis² kenduri tahlil hanya wujud dalam masyarakat melayu nusantara kita ini…. Ia membawa simbolik kepada sedekah, namun ramai yang terlalu ikutkan adat sehingga noram² yang sepatutnya tidak terlaksana….

  6. irwanidris says:

    Terima kasih. Ulasan yang bagus.

  7. alfons0 says:

    “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya…”

    Tiada kenduri pun yg disentuh disitu, lagi pun amalan kenduri2 dan segala macam bacaannya tidak pernah diriwayatkan dlm mana2 hadis, jd tidak perlulah kita menambah2 ya, takut2 terbuat bid’ah pula. Cara terbaik kita mendoakan sahaja si mati semgoga beliau mendapat rahamat dr Ilahi..mudah, murah dan jauh dr bid’ah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s