Sunnatullah: Manusia & Haiwan…

Posted: 08/08/2009 in Semasa

Empat lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan virus itu meningkat kepada 13 orang (Berita Harian / 6 Ogos)… Angka kematian semakin meningkat saban hari. Namun itulah sebahagian dari aturan alam yang telah tersurat, seperti juga siang berganti malam, bumi mengelilingi matahari, rumput berwarna hijau; ‘sunnatullah’ yang telah ditentukan dan dicipta oleh Al-Khaliq, Allah yang Maha Pencipta… Namun itu hanyalah sebahagian dari sifat² alam dan kehidupan yang ada dihadapan mata, secara sedar ataupun tidak… Sudah terang lagikan bersuluh, tapi adakah kita pernah terfikir tentang sifat² alam dan kesinambungannya dalam sifat semulajadi kita dan senario semasa? Jika kita dalami ‘Sunnatullah’ antara akal dan mulut, Al-Khaliq mencipta serta mengurniakan akal untuk berfikir dan mulut untuk mengunyah manakala kesinambungan antara akal dan mulut menghasilkan percakapan; membezakan antara manusia dan haiwan… Al-Khaliq mengurniakan hanya mulut untuk haiwan tapi manusia dikurniakan kedua-dua akal dan mulut… Haiwan tidak mampu untuk bercakap, kerana ‘keistimewaan’ itu telah diberikan kepada kita. Dengan keistimewaan inilah tamadun manusia tercipta, dan dengan keistimewaan itu jugalah manusia membinasakan tamadun. Ideologi² serta pelbagai doktrin tercetus dari akal seterusnya diterjemahkan melalui percakapan yang menggerakkan tindakan. Dari titik tolak inilah menjadikan manusia gah, membawa revolusi dalam peradaban manusia serta membentuk dan menubuhkan kerajaan dunia dengan hanya “menjual” air liur… Dengan keistimewaan ini jugalah manusia mampu bersaing, menjadi “Orang Besar’, mencipta politik dan ahli²nya, menjatuhkan ataupun dijatuhkan, dan mempengaruhi akal yang lain. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Kerana itulah akal dikurniakan kepada kita untuk menjadikan kita rasional dan tahu mengawal lidah (percakapan; terdapat sebilangan besar dari kita tidak amanah dengan keistimewaan tersebut, menyalahgunakannya sama ada sedar atau tidak apabila sudah berada ‘diatas’.. Orang Besar mula bongkak dan mendabik dada, saling bercakaran dan memburukkan orang sebelah, “plot-tikus²” mula lupa diri serta asal-usul dan hanya tahu cakap sahaja, pandai berak tapi tak pandai basuh.. Mereka² ini telah lalai dengan keistimewaan ini, bangga diri dan cakap besar, ibarat mahu memerintah gunung dan laut kesemuanya. Hanya sedikit ujian nikmat dari Allah; dengan lidah bercabang mereka² ini yang penuh bangga dan taksub yang baru sahaja menjadi pemimpin tidak diiktiraf dalam kampung lot P-Salim, Orang² Besar serta Plot-Tikus² ini seakan-akan lupa diri, hanyut dengan kebanggaan mewarisi sifat Iblis Laknattullah yang menjanjikan “persahabatan-api- abadi”, menjadikan diri mereka sebahagian dari “Finnari Jahannam”, hanya kerana kealpaan memiliki sedikit keistimewaan kurniaan Ar-Rahman… Sifat² yang ditonjolkan oleh mereka² inilah yang menjatuhkan martabat kita sebagai umat manusia bertamadun amnya serta penduduk kampung lot P-Salim, amat memalukan disebabkan perilaku dan pe’el mereka seakan-akan tiada beza antara manusia dan haiwan,tidak menggunakan akal untuk bertindak sebaliknya mulut dan lidah menjadi kemudi… Sekiranya sang haiwan juga diberikan akal serta mampu untuk berkata-kata, mereka² ini akan tunduk menatap bumi dan malu dengan sang haiwan kerana kerana persamaan sifat mereka di samai dan disaingi sang haiwan… Jangan hanya “inter-frame” atau berlagak baik serta sempurna di depan lensa kamera ataupun dihadapan penduduk kampung lot P-Salim walhal hakikatnya adalah hipokrit semata-mata dan sekadar mendapat publisiti serta dianggap mulia dan mendapat tempat dalam kelab Un-no… Adakah ini juga sebahagian dari aturan alam? Hanya kita yang mampu menilai dengan keistimewaan akal kurniaan Ar-Rashid… Sesungguhnya Allah maha bijaksana dan  mengetahui setiap apa yang ada di langit dan dibumi….. Allah membenci mereka yang sombong dan bongkak serta mencela mereka yang tidak menjaga amanah… nilai sesorang itu bukan diletakkan pada harta, kedudukan atau pangkat, tapi pd keimanan serta kedudukan di sisi Ar-Rahim… Sedarlah dari lena…..

Comments
  1. Lidah Palsu says:

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatu..

    ayooo bro.. “berbaik sangka aja la kita” hehehe

    itu pendekatan ketua kampung lot P-Salim barangkali iya coba mencantikkan dirinya dengan menjelek-jelekkan orang lain.. nah biar aja la dia, kita berbaik sangka aja ya..

    kalau kita juga ikut sama dengan pendekatan nya c ketua kampung.. malah tidak membawa untung buat penduduk2nya..

    ayoo kita tegur menegur supaya sentiasa ingat sama Allah.. jangan d biar ketua kampung kita mabuk harta, mabuk pangkat, mabuk dunia.. hehehe

    smoga ruangan blog ini bisa menjadi “ladang amal” buat tuan punya blog juga pengunjung2nya.. Amien

    • DieNull says:

      mudah²an, amin… setiap yang baik itu datangnya dari Al-Khaliq, dan yang kurang sempurna itu dari saya sendiri… sama²lah kita renungkan…

  2. irwan idris says:

    magsukulna attakahkam!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s