JIWA INSAN: Doa Buat Ibu

Posted: 09/05/2010 in Semasa, Uncategorized
Tags: ,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

Ya Khaliq, Ya Rahman, Ya Rahim… sesungguhnya hambaMu yang dhaif ini ingin memohon keampunan buat kedua orang tuaku, khususnya buat ibunda ku yang tercinta, kerana tanpanya aku mungkin tidak mampu untuk merafakkan kesyukuran kehadratmu Ya Azim… Andainya Engkau mengurniakan syahid terhadapku, maka ku hadiahkan pahalanya terhadap ibundaku, dan kupohon agar Engkau sentiasa menaungi ibundaku dengan Rahmat dan InayahMu… Panjangkanlah hayat ibunda ku Ya Rahman, agar dia sentiasa memperingatkan aku untuk sentiasa sama-sama bersyukur dan beribadah padaMu, dan penuhilah hari-harinya yang mendatang dengan segala kebaikan yang ada, kerana tiada apa yang dapat aku berikan kepadanya selain doa ini jika membandingkan kasih sayang serta pengorbanannya selama membesarkan aku… Dan sesunggunhnya, tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa besarnya jasa ibunda terhadap aku selama ini, dan hanya padaMu Ya Allah aku serahkan segalanya, moga Engkau sentiasa merahmati kedua orang tuaku…. Amin yaa rabbal alamin…  

Mak, hari ini seluruh dunia merayakan dan memartabatkanmu, namun aku merasakan bahawa engkau tidak layak diraikan hanya pada hari ini, kerana selayaknya seluruh dunia mengenangmu pada setiap detik yang berlalu dan yang mendatang… Peluk cium buat ibunda tercinta, SELAMAT HARI IBU, mak….

 ”Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan…”     ( Maryam,  23)

”Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan berkata:  Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Kemudian siapa pula?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Dia bertanya lagi:  Kemudian siapa pula?  Nabi menjawab:  Ibumu.  Bertanya lagi beliau:  Kemudian siapa?  Nabi s.a.w berkata:  Bapamu…”               (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

”Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)…”                           (Al-Israa’, 23)

(Peluk cium dari anakanda khususnya buat ibunda tercinta FATIMAH KHAIRAN ABU BAKAR, SELAMAT HARI IBU, mak… Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmatimu, amin…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s